Raya kedua yang hangat

Jika malam raya, eksiden depan lorong rumah.. hari ni, Raya ke-2 pula ada kebakaran selang 3 buah rumah dari rumah aku.

Kebakarang yang melibatkan 2 buah rumah kayu, dan hampir memusnahkan rumah kedai yang ada kat sebelahnya. Nasib baik bomba cepat sampai, sempat control api yang merebak ke rumah kedai tu. Arah tiupan angin pada pagi tadi pun tak menyebelahi pemilik rumah kedai…

Apepun, alhamdulillah, takde sesiapa yang cedera, cuma diorang kehilangan harta yang berharga. Takziah kepada 2 buah keluarga yang terlibat. Mak aku pun ada suruh kumpul baju+seluar lama untuk didermakan kepada diorang.