PERTAMA : Day 2
10:00AM
Call time crews & talents.
11:00AM
Arrived at S2, Shah Alam. Progress hari ni agak lembab sedikit. Budak-budak pun agak slow berbanding semalam, suruh pack-up, suruh pakai baju… Mungkin kepenatan terlampau, iyelah kan this is their very first time. Namun nak tak nak terpaksa berkeras juga, untuk kebaikan diorang sendiri. So diorang boleh dapat pengalaman, rasa sendiri macamana orang buat produksi.
01:00PM,
Habis makan tengahari, lepas briefing & tengok location, kitorang start shoot kat rumah mak RinTinTin. Itu adalah untuk final chapter dalam short film ni.
2:30PM
Ke sekolah berhampiran, untuk shoot final scenes. Semua ok, budak-budak pun nampak happy. Favourite scene aku.
5:00PM
Kitorang wrap kat depan sekolah pukul 4:45PM tadi. Right now, suruh budak-budak kemas-kemas sebab nak hantar diorang balik ke KL Sentral.
7:30PM
Kitorang dapat text dari budak-budak ni, diorang happy, thankful dan selamat sampai rumah masing-masing… LEGA. Bungkus! Esok start editing.