PERTAMA : Day 1
Copied from myurbantribe.blogspot.com
REMINDER : Kitorang takde skill sebagai production team. All those equipments, methods and prosedure kitorang main belasah sahaja. Janji look nice on monitor.
08:00AM
Call time
08:30AM
Talents arrived. aku pergi shoot inserts. Talents lepak, baca scripts.
09:30AM
Briefing. Pak Art & aku buat script reading dengan talents, tengok kot-kot budak-budak ni tak faham.
10:30AM
Start shoot di KL Sentral, perfect timing kerana orang dah start ramai. Lagi ramai lagi bagus.
12:00PM
Schedule dah start terbabas. Habis di KL Sentral, pecut ke KLCC tengahari buta. Cuaca tidak terik sangat, so lighting tersangat cun. Kitorang depend pada natural light je. Shoot di sekitar, compound KLCC.. then lunch.
02:50PM
Total gigabytes dah cecah 4GB+, separuh dari total space SD card kamera. Memang patut di transfer masuk laptop. Kebetulan bateri kamera pun dah merah, terpaksa tangguh 1 jam+ untuk charging. So, while charging, budak-budak boleh practice, dapatkan chemistry untuk romantic scenes.
04:15PM
Schedule memang dah terbabas, bukan setakat kat bahu jalan, malah dah jatuh gaung, berputar terbalik 7-8 kali. Langit pun dah start gelap, mendung. Macam tak mengizinkan kitorang nak teruskan untuk buat seberapa banyak takes yang boleh.
05:00PM
Scenes luar terpaksa wrap sekarang. Guruh dah berbunyi, tanda anak-anak sekolah kena masuk cari tempat berteduh. Proceed indoor shooting pulak, dalam Suria KLCC. For now, terpaksa tawakkal aje dengan ape yang dah shoot kat luar tadi.
06:30PM
Akibat terbabas, kitorang ketinggalan 2 chapters, lebih kurang 6-7 scenes yang ada dalam tu. Production meeting, call parents budak-budak. Selepas pujuk rayu, all the kids finally tak payah balik, kitorang take all resposibility untuk jaga diorang. So, boys kena stay dengan aku manakala girls under RinTinTin custody..