Happy Birthday to Me
Happy Birthday to Me, Myself & …
Alhamdulillah, aku boleh bernafas lagi tahun ke-27, ulang tahun kelahiran aku kat bumi Allah ini.
Semalam, 09-01 budak-budak office buat surprise. Aku tak bajet diorang nak buat semalam, yelah birthday aku jatuh pada hari Sabtu, so aku bajet on Monday la diorang nak buat makan-makan, lagipun aku ada cadang nak belanja diorang ni. Tapi tup-tap diorang dah pasang plan hari ni.
Lepas solat Jumaat, diorang ajak pergi lepak kat South Wing Sri Pentas. Pak Art cakap dia ada something yang dia dah burn nak bagi aku, so aku percaya la. Masuk je terus aku kena sembur dek foam spray oleh Rin Tin Tin.
Thank you, friends.
So, itu cerita semalam, aku masih berumur 26 tahun. Tapi hari ni, genap pukul 11:32AM i’m turning 27. Adik-beradik dah text aku, wished and congrated.. termasuk lah 2 text dari mak aku. Insya Allah, tahun ni banyak perubahan yang berlaku.