Tahlil
Aku bersolat Isyak kat Pengkalan Chepa, 15km dari rumah aku untuk menghadiri majlis Tahlil. Erm, dah lame aku tak hadiri majlis macam nie, isyk.. ~malu pada diri sendiri.
Teringat semasa di mrsm, sebelum Maghrib dan selepas Maghrib, menunggu Isyak kitorang isi waktu tue dengan baca Al-Quran, tahlil, zikir dan lelain. Aku masih ingat surah2 yang aku cuba hafal antaranya Yasin dan Ar-Rahman. Sekarang nie, bukak Quran pun kekadang. Masya Allah.
Alhamdulillah, ape yang aku belajar kat Maher/MRSM dulu masih lagi terpahat kat kepala otak nie. Hukum tajwid, bacaan harian, asma ul husna, dan lain – lain 😉 Timaseh pada cikgu – cikgu agama aku, dari aku bertadika 5 tahun sampai sekarang.