MERDEKA.. kah..kah..kah!!
Kali ni nak membebel panjang sikit. Ini adalah penjalanan sepanjang bulan 8 yang penuh dugaan. Ini juga merupakan last entry. Aku taknak continue lagi journal ini. This is the last one.. for real neh!! Bacalah yer :p
Chapter #1 – Happy I.D
Happy Independence Day Malaysia, dah 48 tahun yer. Umur aku pun tinggal beberapa bulan je lagi nak 24 tahun. Damn, sikit lagi nak kawin, nak kena buat anak, jaga anak, hantar gi sekolah etc. Sungguh mencabar masa depan ni.. harap-harap mampu untuk aku rempuh!!
Dari newspaper, sampailah ke TV, asyik dok tanya.. merdeka-kah kita dari penjajah, dari dijajah past, present & future. Kekadang tu, naik muak jugaklah.. tapi apa yang aku sedar, aku dah merdeka dari MMU, dah jadi graduate dari MMU neh!! Hahahah!! Alhamdulillah.. grad jugak aku!!
Kepada semua fresh graduates, marilah kita bekerja sambil lepak-lepak. Macam kita buat assignment dulu-kala. Jangan kerja kuat sangat, tak dapat 4 pointer lagi, heh!!
Chapter #2 – Malang + Malang
Bermula dengan Nokia 8250 aku kena curi, then malang datang bertimpa-timpa. Tak cukup 2, datang lagi 2. Memang perit sungguh aku melalui bulan 8 ni, mungkin seperti orang nak merdeka dulu la kot, tapi ini kategori lain la.
Handphone aku hilang beberapa hari sebelum aku convo. Memang susah takde handphone, terutama waktu macam ni, nak contact orang itu, ini, nak settle hal MMU, hal grad, hal meeting point. Tapi aku manage dapatkan handphone cikai, untuk kegunaan temporary.
Seminggu selepas aku convo, aku balik hometown. Malang tetap cari aku, walaupun kat kampung. Sehari sebelum aku balik ke KL, lutut ter-snapped. Sakit nak mampos.. serius, rasa macam nak mampos. Then aku pitam, then bila sakit tu, badan ni takde protection. Maka, penyakit lain pun tumpang sekaki.
Selepas tu, mata aku merah sebelah. Pergi klinik, doc takleh bagi ubat, sebab sakit mata aku ni bukan ordinay. Nak kena refer kat mana-mana hospital. Maka, ke Hospital Putrajaya lah aku pergi mengadu. Belum habis lagi treatment pasal mata, demam pulak aku dapat. Wah, banyak betul penyakit. Kah..kah..kah.. padan muka!!
Chapter #3 – MMU Convocation
Orite, on 7th August, aku berada kat Malacca, Ayer Keroh lebih spesific skit.. bersama beratus-ratus graduan MMU, menerima Degree masing-masing dengan penuh kepujian. Eceh, memang suka+happy sangat la satu hari. Maklum la, 5 tahun belajar kat MMU dan hari ni, secara sahnya telah di-graduasi-kan oleh pihak universiti.
Suka-duka dari tahun 2000 sampai 2005 dikongsi sesama, buat kerja sama-sama, assignment kena reject pun sama-sama, pergi printing sama-sama, pergi shooting pun sama-sama. Beginilah hidup sebagai student MMU.
Segalanya sudah selesai, hutang dengan MMU pun sudah langsai. Ntah brapa puluh ribu ntah, janji settle. Sekarang ni, nak tunggu MMU pulak yang bayar hutang kat kitorang. Ada beberapa ratus je lagi.. hihih!! Boleh beli handphone baru
Last sekali, terima kasih kat semua, tak kira korang dari MMU ke, dari sekolah pondok ke, atau dari dasar laut ke.. terima kasih sekali lagi kerana sudi habiskan masa baca craps semua ni. Ada rezeki, kita jumpa kat Marikh!!
Sekian, terima kasih. Jumpa lagi kat versi 4-blas.