Party BBQ la, ape lagi
Oh ya, lupa nak bagitau.. semalam selepas kitorang tutup kedai, bungkus semua kerja dan bawak balik PC ke bilik.. kitorang ada party BBQ kat Cyberia. Almaklum la, dah penat-penat buat kerja, kena la enjoy.
So, aku, Inaz, Dela, Reza, Reen & Dieha pergi la ke tapak pesta muda mudi tu. Memandangkan Dieha ada rumah kat Cyberia ni, so kitorang decide bawak naik seberapa banyak makanan yang ada, then masak, rebus dan micro-kan kat rumah. Hahahaha, lagi cepat dan dijamin mutunya.
Setelah puas melepak, bersembang dan melantak, kitorang pun turun la. Yelah, kena la tunjuk muka sikit kat Cik Jee, lecturer kitorang. Walaupun tak semeriah party kat KLCC, namun yang ada ni pun dah cukup untuk dibuat kenangan. Adios.. selamat grad la semua yeh!! :p