Raya – raya Malaysia
Alang – alang nak beraya, biar la sakan habis. Dari Utara sampai ke Selatan, dari Timur hingga ke Barat. Raya kali ni aku berjaya merentas dari Kelantan -> Pahang -> Selangor -> N.Sembilan -> Melaka -> Johor -> Pahang -> Terengganu.
28/11
4 buah kete bertolak dari Kota Bharu menuju ke Kuala Lumpur. Perjalanan 7-8 jam dari Kota Bharu nak ke KL nie memang dah buat aku lali.
Tiba di KL, 1 kete menuju ke Sentul dan 3 lagi menuju ke Serdang. Setelah sampai kat rumah, aktiviti membersihkan diri, menyuap etc. di laksanakan.
29/11
4 buah kete bertolak dan melungsur laju 130km/h ke Pagoh untuk menunggu 3 buah kete lagi, seterusnya meneruskan perjalanan ke Muar, Johor.
Kat Muar, sebenarnya ada kenduri. Kenduri menyambut menantu, dan kakak aku la menantu yang di maksudkan. Tu yang ramai sangat datang tue. Bukan nya nak pergi makan angin tak tentu pasal.
Selesai majlis, 2 buah kete menuju pulang ke Kota Bharu, 3 buah kete menuju ke Mersing dan 2 buah kete ntah pulang ke mana.
Check-in kat Seri Malaysia, Mersing.. tidur dan esok nak ke kenduri lagi.
30/11
Kenduri kali nie adalah majlis pertunangan adik ipar abg aku. Selepas menyuap, tiba lah masanya untuk pulang ke pangkal jalan. 2 buah kete pulang kembali ke KL dan 1 buah pulang ke Kota Bharu (aku la tue).
Dari Mersing, masuk Pahang dan Terengganu, perjalanan men-round Semenanjung dalam masa dua hari memang memenatkan. Tambahan pulak perut penuh dengan nasi kenduri.
01/12
Jam 1-2 pagi aku sampai kat rumah. Layan tido, esok bangun tak ingat haram apa dah.