Melepak ~Sakit
Aku balik ke rumah abang aku kat Serdang dengan kakak aku. Dia datang ambil aku petang tadi dengan Kancilnya. Aku masih tak berdaya nak balik dengan motor, nak tekan gear, nak bertongkat kat trafik light, hahahaha orang sakit kan.
Ada 3 tujuan, kenapa aku balik nie. Pertama sebab duit aku memang kering giler. Ada RM1 jer dalam poket nie, memang sadis habis habisan, nak makan pun tak lepas. Kedua, aku sakit, keh keh, boleh la gune segala ubat yang ade kat rumah tue. Dan ketiga, aku nak konfirmkan tiket untuk aku balik ke Kelantan, cuti 1 minggu, yang akan bermula Jumaat depan. Best!!!
Aku belek ASTRO-nyer magazine, eh, malam nie 2003 MTV Asia Award!! Wahahaha, nasib baik betul. MAA kali nie masih lagi di buat kat Singapore. Memang meriah aa kali nie berbanding tahun lepas. And guess what!!! Siti menang lagi!! Wahaha, best, best!!! Siti memang cun malam tue!! Show yang bermula pukul 11.00 malam tue, memang buat aku mengantuk. Apsal la diorang buat lewat lewat nie, giler ape? Hahaks!! MAA nie habis jam 2.00 pagi. Fuh, penat betul!!
Aku melepak 3 hari kat rumah abang aku nie. Serius melepak, takde kerja lain.. melepak sambil tengok ASTRO.