Belakang Kamera | Boonyi

Hari ni kita shoot music video Banyak Bunyi dari Boonyi. Ini projek Zero Budget, wardrobe, makan minum sendiri tanggung. Nasib baik Awad boleh dapatkan Dali & Ikhwan untuk turun sama-sama hari ni.

Lokasi panas. Grafiti tepi sungai Klang.
Dua kamera, Nikon D5000 & D7000.
Lokasi ke-2, Dataran DBKL. Kitorang dapat permit untuk shoot sini tau, bukan main redah.
Rin & Jinny turut membantu.
Lokasi ke-3, tempat paling sibuk di Bukit Bintang.
Stabilizer Woodlan membantu menstabilkan footage.

Shoot hari ni semua smooth, takde orang kacau, polis pun tak kisah cuma guard Nepal depan Lot10 je kecoh lebih. Baru nak duduk rehat dah suruh beralih. Terima kasih pada Rin, Jinny, Acap, Awad, Dali, Ikhwan & Dena untuk shooting hari ini.

Klik SINI untuk tengok Muzik Video.