Belakang Kamera | Dera Anak

Beberapa bulan lepas, Media Prima ada menganjurkan pertandingan video Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA), dan senarai pemenang dah diumumkan, diberi ganjaran.

Hari ni, Primeworks suruh aku reshoot, atau kata lain; buat balik video pemenang supaya nampak cantik untuk ditayangkan kat TV. Aku tak ubah story, cuma makeup-makeup sikit la.

PSA mengenai Penderaan kanak-kanak ni bertajuk, “How Do You Colour Your Next Generation?” ini memang mempunya maksud yang deep. Kanak-kanak ibarat kain/kertas yang putih, suci bersih dan menjadi tanggungjawab kita, sebagai ibu bapa & masyarakat untuk mencorakkan mereka. Tersalah corak, kelam masa depan mereka.

Talent budak hari ni adalah Kimi, anak staff kat CSD jugak. Kimi dah selalu shoot dengan kitorang. PSA Jepun & MV Jom Mengundi pun dia jugak. Kesian jugak aku tengok budak ni kena marah-marah dengan ‘bapak’ masa shoot. Abang Aziz memang menjiwai watak, sampai budak pun takut.

Klik SINI untuk video PSA