Belakang Kamera | Coca Cola ft. Tomok (London)
Hampir sebulan berlalu, maka masa untuk sambung shoot Coca-Cola BUKA SEMANGAT featuring Tomok. Kempen Buka Semangat ni adalah kempen bersama syarikat minuman ringan dan Media Prima Berhad yang menggabungkan Tomok dan One Nite Only (ONO) yang berpengkalan di London.
So, hari ni mari menuju ke Kota London. Ayuh!
Flight yang mengambil masa 14 jam. 7 jam pertama, stop kat Doha, transit 1 jam kat sini, then menuju ke Heathrow. Penjalanan yang tak lama mana kalau nak compare dengan aku balik Kota Bharu, musim perayaan, tapi sangap la. Duduk je kerjanya.
Enuff bab travel. Ini hal kerja. London sekarang, pendek waktu siangnya. Sunrise pukul 6:30am, dan terbenam jam 4:30pm gitu. So, waktu untuk travel, untuk bekerja agak pack, nak ke sana – ke sini dengan hanya menaiki bas & underground.
So, kat London ni, kitorang shoot part Tomok akan berduet dengan One Nite Only. Sambil-sambil tu juga, shoot la Tomok solo kat tengah-tengah jalan, kat Tower Bridge, kat pasar dan mana yang sempat. Shoot & run saja, tak ada permit.
Krew kitorang hanya beberapa ekor saja. Equipment pun minimal, kamera, light-stand, led light, tripod dan beberapa lens. Berkilo-kilo juga lah pikul ke hulu ke hilir dalam bandar London ni.
RM5 sama dengan $1 pound kat sini. Nak ke toilet pun kena bayar RM2.50, ape ntah lagi nak beli souvenir untuk dibawa pulang. $1 pound button pun dah RM5.. koyak la nak beli barang banyak-banyak kasi kawan-kawan.
Aku tak simpan klip video muzik yang original, tapi aku buat versi belakang tabir.