Beating Meeting

Hari ni gua ada meeting.. meeting tertutup bersama-sama editor CSD Primeworks, Media Prima.

2 jam kat dalam bilik tu terasa macam 4 jam berlalu. Air-cond yang pada takat 20° celsius bertukar menjadi 40° celsius dek hujah-hujah yang menikam jiwa dan poket serta tembakan peluru-peluru dari manusia yang kononnya tahu buat kerja.

Masing-masing muka serius, masing-masing malas nak gelak pada lawak twisties murahan. Member gua kat sebelah sampai menggigil, control anger dia time berhujah.

Gua takleh nak cerita lanjut, sebab ini within kitorang je. So, untuk makluman mereka kat luar, tak semua yang korang tengok kat TV tu senang nak bikin. Walaupun promo 30second..