Camping : Hutan Lipur Lentang
Canteeek!! Hari ni cuaca teramat cun dengan langit yang cerah, gumpalan awan putih yang tak seberapa.
Hari ni, AKU, Pak Art, Spring, Teleng, Azam, Epit & Azizi (anak Pak Art) ke Hutan Lipur Lentang, yang terletak bersebelahan dengan highway Karak. Kitorang mau camping 2 hari 1 malam, nak berjauhan dengan hal kerja, komputer dan masalah hidup.
Aku dah lama tak buat aktiviti macam ni, yang terakhir (seingat aku la) pada Januari 2003, yang aku pergi panjat Gunung Batu Puteh kat Cameron. Tapi itu paling hardcore la, daki 90 darjah. Camping ni simple aje, nak lepak-lepak, nak mandi sungai.
Area sini selamat, ada Ranger yang buat spot-check waktu malam. Binatang liar pun takde. Next time boleh datang lagi.