Aussie

Abg aku yang baru balik dari Australia bebaru nie datang ke Serdang, bawak balik beberapa present dari sana. Dari Koala Bear sampai ke Kangaroo. Actually, bukan la menatang hidup (kalau korang percaya, memang korang bermasalah la), dia bawak balik la patung koala, baju, dan beberapa lagi cenderahati dari Australia tue, termasuklah dompet nie untuk aku

Sesetengah orang, bagi mereka guna dompet atau cenderahati yang boleh diguna nie baik simpan jer. Buat malu la kalau nak guna. Yang branded, yang mahal, dan yang ade name baru best untuk di guna. Erm, bagi aku, semua tue tak kisah la. Kalau orang tue dah hadiahkan untuk aku, aku akan gune sebagai tanda aku hargai pemberian dia. Lantak la orang nak kate aku gune barangan cikai, janji benda tue boleh pakai dan selamat.. itu dah cukup!! 😉