Hari Cuti Pekerja?
Adus, hari nie dah 1st May. Isnin ni MMU dah bukak balik!! Warlau betul. Aku baru saje nak menikmati cuti, diorang dah panggil balik plak dah. Banyak program menarik kat Kota Bharu dalam bulan Mei nie contohnya Pesta Wau. Aiseh .. dan terus aiseh!!!
Memandangkan hari ni adalah Labour Day, maka banyak la rancangan best – best kat TV dan AXN. Ok la, takde la aku boring sangat hari nie, lepak – lepak depan TV sambil hiburkan hati dengan cerita – cerita yang karut lagi tak masuk akal. Hohoho!!
Takde mende yang best berlaku, cuma malam tadi aku ke Majlis Tahlil kat Pengkalan Chepa.