Balik ah kejap!!

Aku dikejutkan dengan Bali, (rumet aku) bukak pintu bilik. Ntah mane dia tido semalam aku pun tak tau. Ntah ke mane dia nak pergi hari aku tak tau, sepatah haram perkataan pun dia tak bagitau. Pergi la ko, kisah ape aku. Har har har!!! Sambung tido lagi baik!!

Aku balik ke rumah abang aku pagi (11:30) tadi. Bawak balik DVDs dan CDs aku. Petang pulak pergi ke Low Yat sekejap, cari Motherboard, Prosessor dan AGP untuk komputer kat rumah (kampung), nak upgrade.

Sudah makan malam, aku balik ke MMU. Tengok bilik gelap dan tak terusik. Erm, rumet aku tak balik lagi ke? Isyk pi tang mane plak budak sorang tue. Aah, sukati dia lah. Kisah ape kan, aku tak kisah dia, dia tak kisah aku! Habis cerita!!