Belakang Kamera | Iklan Lipton ft. Amyra Rosli
Berdebar jugak nak shoot dengan film & tv stars ni. Bukan apa, selalunya orang-orang famous ni nak kena bagi layanan ala-ala diva. Adui..
TAPI…
Alhamdulillah, kerja dengan orang professional dan penuh disiplin, Amyra Rosli & Amar Baharin ni sangat mudah. Memang lain feel-nya bila bekerja dengan talent iklan berbanding pelakon drama/filem.
Client Lipton kali ni nak 2 capsules, menampilkan Amyra Rosli bersama emak & suaminya, Amar Baharin. Konsep dia simple sahaja, bila keadaan kusut, feeling down, apa yang dapat menceriakan keadaan adalah dengan secawan teh dari Lipton. Dengan teh Lipton, dapat minum sama-sama dan dapat mengeratkan kembali mana yang renggang. Hahaha.
Client ni agak keras juga, banyak kali tukar idea & storyboard. Semua tu masa peringkat awal-awal la, bila ketika shooting, semua ok je.