Belakang Kamera | MILO ft. As’ad Motawh

Krrrriiiiiiinng!! Loceng dah berbunyi. Ayuh kembali ke kelas masing-masing!

Hari ni aku ada shoot 60 saat muzik video untuk MILO Malaysia kat SK Bandar Sri Damansara 3. MILO nak hasilkan education video macam mana nak recycle pek MILO UHT (& kotak minuman lain-lain) dengan 3 langkah mudah iaitu FLIP – FLAP – FLAT.

Video yang menampilkan As’ad Motawh & budak-budak dancer ni bakal ditayangkan sepanjang tahun 2020 kat rangkaian TV Media Prima.

Shooting ini takdelah rumit sangat, 1 kamera, natural light je. Syukur cuaca cerah sepanjang hari. Apa yang aku terkejut, budak-budak masih penuh dengan tenaga. Selalunya, bila sampai je tengahari, talent budak-budak ni mesti start lemau, mengantuk dan penat.