Oh My, It’s Che Mat

Hari ni keluar ke Petaling Street, Pasar Seni dan kawasan yang sewaktu dengannya untuk cari insert shots video Boonyi. Keluar dengan Jinny, sambil pikul tripod ke sana & ke sini. Sambil-sambil ambik video, sempat la jugak ber’street’ kat kawasan ni. Tiba-tiba dari jauh aku nampak susuk tubuh kurus, bermisai lebat.

Sekali jumpa orang ni.

Che Ahmad Azhar, lecturer Photography masa kat MMU

Che Mat, lecturer Photography aku semasa MMU (Beta 2002). Orangnya memang legend kerana ketegasan, menjaga kualiti dan presentation sesatu gambar yang diambil. Kalau gambar kau takde makna, jawabnya kena campak tepi la. RESHOOT! Dan di zaman 2002, digital photography memang tak meluas lagi. Kitorang masih pakai filem 36 exposures untuk buat assignment photography.