Recce : Ulu Yam

Aku ke Ulu Yam bersama-sama dengan Pak Art + Spring, nak recce untuk camping/one night stay, next weekend, sempena Thaipusam. Maklum la, last time kitorang bercamping bulan May tahun lepas.. hampir setahun jugak la tak outing macam ni.

4-5 tempat jugaklah kitorang berhenti, usha tempat, tengok sungai/empangan & bertanyakan rate kat beberapa resort yang ada sepanjang jalan nak ke Ulu Yam ni.

Resort terbaik yang kitorang jumpa adalah berhampiran dengan empangan batu. Memancing adalah main activity yang boleh kitorang buat. Selain tu ada gak trekking, night walk etc. Overall menarik la pakej yang diorang offer. So, insya Allah hujung minggu ni kitorang singgah.

Penat recce, kitorang cari waterfall. Kebetulan time kitorang pergi ni, hujan turun agak lebat. Hasilnya adalah air sungai yang keruh, nak turun mandi pun tak jadi. Anak Pak Art dah masam muka tak dapat nak berendam, towel dah kat leher. Next week jelah.

9:00PM, Pak Art text aku. Plan untuk lepak Ulu Yam mungkin kena revise sebab Thaipusam punya pasal. Manusia gerenti ramai, kete banyak, dan jalan confirm jam teruk. Damn!! Rosak plak!