Isap Rokok se-Pam!!
Aktiviti spamming ni, bukan setakat mengganggu, annoy, menyemak website je.. malah turut menyusahkan admin dan kat sini, mangsanya adalah aku.. yang terpaksa delete satu persatu komen, dan posting yang membiak-biak macam telur katak.
First time aku deal dengan spamming ni ketika website X2 & X3 dulu, yang mana masa tu aku masih lagi pakai b2 content/board/blog (kini dah jadi wordpress). Punya la banyak komen + link yg ntah ape-ape ter-insert dalam mySQL. Forum Laypark.net turut jadi mangsa spamming.. celaka tull.
Nak tak nak, aku terpaksa on-kan confirmation CODE kat comment box. Maaf lah yer, kalo confirmation code tu melambatkan kerja korang. Terpaksa beb, gua takleh nak buat ape dah.