Qurban : Jangan berkorban membabi buta
Selamat Menyambut Hari Raya Eidul-Adha, Hari Raya Qurban. Hari yang kita patut sambut secara besar-besaran berbanding dengan Hari Raya Eidul-fitri. Sebabnya? Google sendiri, rujuk mereka yang lebih arif, dan selalu lah pergi surau, dengar tazkirah.
Tahun ni, aku dapat cuti yang panjang, 6 hari bekerja. Kebetulan abang aku ada buat aqiqah. Lepas sembahyang sunat pagi tadi, kitorang balik tukar pakaian, dan standby untuk tumbangkan seekor lembu.
Ini kali ke-2 aku terlibat secara langsung. Last year aku pegang leher kerbau, bermain dengan darah. This year sama juga, cuma jadi tukang lapah kulit. Lapah kulit bukannya senang, tak kena cara, terlapah sekali daging. So, sama macam last year, masih bermain dengan darah.
Pedih tangan memegang erat pisau memang takleh disangkal. Lenguh tangan sebab tolong pegang kaki-kaki lembu ni.
Tahun ni aku tak berkesempatan lagi untuk tunaikan ibadah korban. Insya-Allah tahun-tahun akan datang.
Mengenai title catatan ni, memang bunyi dia agak kasar, takde kaitan dengan ibadah korban ini, cuma pengorbanan aku yang orang tak nampak, penat-penat kerja bos tak nampak. Bos pilih bulu dan suka usap bulu orang yang dia suka.