Shopping jap

Kebetulan si Ery + Hadi ni nak pergi cari DV tape, VHS etc untuk kerja FA diorang, aku pun ikut diorang nak cari something yang dah lama patut aku beli.

New HARD DISK. Harddisk Seagate 20GB hari tu dah crashed. Dua punca crashed adalah; bekerja dgn uncompressed video files & IDE cable yang cheap. So, hari ni aku akan cari Seagate 120GB sebagai ganti.

Pusing punya pusing, demmit.. Seagate 120GB dah habis stok. Yang tinggal Maxtor + Western Digital je. Maxtor memang dah terkeluar dari liga aku.. tak percayakan Maxtor. At last, aku beli je 80GB Barracuda. Lantak la.. kalo dicampur semua hdd yang ada sekarang ni, jumlah dia tetap 120GB gak.. haha )

Selain harddisk, aku beli mouse, dvd, power supply 600W, dan graphic card fan. Coming soon, iPod Shuffle dan brand new handphone.. muahahahah!! :p