Kelam + Kabut + Ribut

Sekarang ni adalah Week 9 dalam academic calendar MMU, 2004/2005 session. Ini bermakna lagi 4 minggu sahaja session kali ni akan tamat. Itu yang best didengar la, yang tak bestnya, dalam situasi sekarang, semua orang dah jadi tak tentu arah. Terutamanya aku + Digital Media students lain.

Minggu ni ada Review III, yang mana diorang nak tengok 70% progress FYP kitorang. Warlau.. ini malang berbau-bau ni!! Dah la progress aku bergerak ciput sangat. PC pun dah lama tak restart, berat giler jadinya. PF usage sampai 400MB tu.. demn!!

Manusia-manusia lain dah mula start tanya satu sama lain. Masing-masing kasi pressure kat kawan masing-masing. Dewa itu, dewa ini, gempak sana, gempak sini, celaka sana dan celaka kat sini. Jumaat ni adalah untuk testing Alpha release kitorang, kepada umat lain, takyah nak gatal kaki turun usha presentation kitorang 😡 😡 hoho!!