Fenomena Connection di MMU Ep#4
Episode IV
September 20th, students MMU dah mula balik ke hostel, termasuk aku. Dengan harapan nak mendownload dan surfin\’ dengan jayanya (~maklum la, tak ramai lagi manusia yang balik) hancur berkecai kerana server down. Aku fikir, ini hanya temporary, sekejap lagi UP balik la tue. Namun, jangkaan aku tue meleset sama sekali. 4 hari tanpa connections memang satu kejadian yang cukup buat students MMU jadi gila.
Setelah di tanya dan di siasat, baru di ketahui punca sebab musabab. CITS (Centre for Information Technology Services) terpaksa tutup dan block connections kat hostel sebab serangan W32.Blaster.Worm & W32.Welchia.Worm. Untuk enable balik connections di hostel, pihak CITS memaksa students mem-patch-kan OS yang terlibat;
Windows NT4 Workstation
Windows NT4 Server
Windows NT4 Terminal Server
Windows 2000
Windows XP
Windows 2003
Aku bernasib baik sebab PC aku dah patch bulan lepas lagi, happy la sebab tak effected. Namun happy aku tak sampai lama, biler roomates aku (Bleak) men-plug laptopnya yg tak di patch ke network bilik aku. Secara automatic-nya connection bilik aku closed. Pihak CITS terpaksa memaksa kanak – kanaknya pergi dari bilik ke bilik untuk menge-patch PC student.