Fenomena Connection di MMU Ep#2

Episode II

MMU mempunyai 2MB + 2MB connections buat masa ini. Kini, 2 lines tue sekarang nie boleh di anggap artifak sejarah sudah. Dulu boleh la bangga, sekarang nie dah jauh ketinggalan.

Kehadiran proxy pada tahun lepas menambah keceriaan students MMU di Cyberjaya. Dengan dengan connection 4MBps nak download 12MB file dari internet pun tak sampai 30 seconds. Ketika tue, tiada sekelumit umat pun yang komplen pasal connections.. until 2003 menjelma!!

2003 adalah tahun paling tensen, kerana pada tahun ni la server proxy di tutup, ape cerita pun haram aku tak dengar. Maka, semakin hari semakin bertambah lah individu yang suka menyumpah seranah di depan monitor masing – masing. Lama kelamaan, menda alah nie dah jadi rutin dan budak – budak pun dah lali dengan key F5 untuk meng-refresh webpage.