Melepak sampai ke petang
Sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, banyak aktiviti yang diorang anjurkan. Contohnya hari nie ada perlawanan RC Car kat Kota Bharu. Baik nitro mahupun batteries, semua turun. Sepupu aku turut join RC nie. Dia sanggup balik dari KL nun semata – mata nak lawan kat Kota Bharu. Heh!! 😉
Tapi, paling hampeh buat aku adalah aku tak pergi tengok pun, melepak dan tidur kat rumah. Entah ape pasal hari nie penat giler. Hohoho, ini tentu penat semalam la nie. Maklum la, semalam berjalan punya la jauh, tengok perarakan, pastu plak dukung anak sedara plak tue.. Har har har!!