Media Prima : Durian Alarm 2010
Musim durian datang lagi, yeargh!!
Dan kali ni hanya durian sahaja tersedia, tak sepertimana tahun lepas. Selain durian, rambutan + manggis turut singgah kat Sri Pentas, Bandar Utama ni. Memandangkan hanya boleh telan durian sahaja, takde pilihan lain maka manusia-manusia ini berkumpul sehabis baik, bak negara ke-3 yang menunggu ketibaan bantuan dari Bangsa-Bangsa Bersatu.
Durian yang datang, penuh satu lori. Dan jumlah lori yang singgah kat Sri Pentas adalah 3 lori.. 3 lori.. fully loaded with durian beb! Owh, sungguh rugi mereka-mereka yang tak gemarkan raja buah ni.