UiTM

Cousin aku, Rizal register as a freshie kat UiTM Shah Alam. Apekenama course dia pun aku tak tau.. Asasi, Hak Asasi, Law? Ntah la.

Ini adalah kali pertama aku jejak kaki, masuk ke UiTM Shah Alam. Teringat pulak zaman muda-mudi tahun 2000, masa aku mula-mula register kat MMU. Situasi dia lebih kurang la, cuma kat sini macam budak masuk sekolah asrama penuh. Pakaian pun nak kena kemas. Almaklum la IPTA.

Aku pusing-pusing la kawasan asrama diorang. Ternampaklah papan kenyataan yang melekatkan peraturan-peraturan ketika berasa di kawasan kampus. Nak tergelak jugaklah apabila membaca; “Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, berkemeja, dan baju hendaklah dimasukkan ke dalam seluar” Lebih kurang macam tu la. Hahaha.. classic IPTA!