AJL24 – Full Rehearsal

Anugerah Juara Lagu edisi ke-24 akan berlangsung esok. Malam ni adalah full-dressed rehearsal. Aku ajak Teleng untuk pergi tengok rehearsal ni kat Stadium Putra, Bukit Jalil.

Dari start persembahan sampai ke habis, apa yang aku dapat bagi gambaran untuk esok adalah, penganjuran AJL-24 kali ni agak gah, disebabkan bajet yang besar, hidraulik stage yang menarik. Tapi apa yang aku sakit hati adalah tahap shots, movement kamera masih lagi tahap 80/90-an.

Aku nak komen berapi, ramai yang tak paham. Aku komen sampai hangit pun, sampai tahun 2015 pun mungkin formation kamera still akan sama kat tv² Malaysia ni, selagi generasi muda sekarang tak diberi kebebasan nak tunjuk skill baru.