Pelita

Aku dari kecik sampai besar, pantang je Raya mesti nak kena pasang pelita kat laman rumah. Dan hanya aku je yang berminat nak beli, nak pasang, nak hidupkan suasana malam puasa dan malam raya.

Teringat zaman sekolah rendah dulu kala, pelita aku hanya diperbuat dari tin-tin susu pekat, tin air berkabornat & yang paling best ada buluh. Mungkin disebabkan terlalu obses dengan pelita, sampai rumah terlampau banyak sangat pelita.. maka ada la budak-budak yang dengki dan curi pelita aku.

Aku dapat tau yang budak-budak kat padang (sawah) ada curi 4-5 biji pelita aku, so aku terpaksa ajak abah aku untuk retrieve balik. Heh, lawak.. lawak.

Apepun sekarang ni, pelita senang dibeli. Minyak pun pakai diesel.. gasolin dah terlampau mahal.