Tayangan Perdana : Pemerhati

Hari ni gua dapat tiket premiere untuk filem Watchmen. Excited jugak la sebab tengok 2 buah trailer diorang sebelum ni nampak macam menarik. 1st trailer lebih kepada MV teaser, storyline tak diceritakan lagi, tapi bila gua tengok 2nd trailer, baru paham. Actually gua tak follow pun komik dia.

Durasi citer ni memang panjang, 2 jam 20 minit gitu. Gua taknak citer la storyline dia, cuma ape yang boleh gua cakap ini bukan la pasal Super Heroes vs Villain, so jangan la expect action pack tanpa henti. Ini kerana Watchmen lebih kepada konflik dan prinsip hidup seorang superhero atau lebih dikenali sebagai Pemerhati.

So, silalah ke pawagam terdekat, dan beli tiket, tontonlah Watchmen.

Wa nak tunggu Dragonball Evo pulak.