Flash Back : Ape Cer!! – Untuk mereka yang ingin tahu
Aku bukak thread ini adalah untuk recall & kongsi pengalaman selama aku menghilangkan diri hampir 1 tahun lebih, tanpa ada sebarang update pada website ini.
Aku tutup website Sief3r.com ketika website ni pada versi ke-13 (X3), dan kononnya tutup untuk persiapan versi seterusnya, kalo tak silap aku akhir 2005. Bajet tahun 2006 versi ke-14 boleh launch.
2 0 0 6
Beberapa siri masalah telah berlaku yang mana domain expired & hosting bermasalah telah berlaku dalam tahun 2006 membuatkan aku start malas untuk continue. Lagipun ketika ni aku tengah mengintai peluang kerja, selepas grad dengan cemerlangnya pertengahan Ogos 2005.
Jun (kot?) 2006, aku dapat peluang kerja di NTi, di Plaza Bukit Damansara, KL as a designer. Kompeni ni banyak mengeluarkan modul-modul pembelajaran dalam CD untuk Smart School. Ini kira courseware la, balik ke zaman aku belajar kat MMU dulu. Walaupun agak bosan,hari-hari design benda yang sama, sebab satu-satu projek makan masa 5-6 bulan, so termuntah jugaklah.
September 2006, member aku si Teleng call, kata ntv7 nak pakai orang, designation: Editor. Sebelum ni aku ada pergi interview di TV3, untuk job yang sama, tapi takde reply untuk 2nd interview. So, aku cuba untuk ntv7, dan Oktober 2006, aku blah dari NTi, dan memulakan karier aku as an ntv7 programs/promo editor.
Kat sini aku banyak kenal hardware & software baru, yang digunakan untuk broadcasting. Ketika ni, ntv7 pakai Final Cut Pro (FCP) untuk cut promo & program. So, sebagai orang baru, kena la bermula dari bawah giler, kenal buttons, short-cut keys, dan basic dalam how to produce a good promo. Perah otak jugaklah untuk keluarkan satu promo, even simple gile. Lagi simple, sebenarnya lagi susah.
2 0 0 7
Dalam 5 bulan pertama tu, aku memang merangkak mula bertatih pada bulan ke-6. Kira dah boleh on my own la. Aku tak ingat promo pertama aku, tapi 1st program aku adalah sebuah program Chinese, a charity show – Nation Care Charity Show (NCC), seterusnya beberapa program lain macam Wakenabeb, Walk the Talk etc.
Yang berbeza sedikit adalah edit playback untuk Thursday Nite Live. 1st and 2nd episode untuk 3rd season adalah nak promosikan filem CINTA. So, aku yang kena prepare playback trailers, music videos untuk filem CINTA ni.
Setiap tahun, starting from March until April, memang waktu yang sibuk. Anugerah Industri Muzik (AIM) yang mana ntv7 adalah penyiar rasmi anugerah tu. This year, aku tak terlibat, iyelah kan, aku baru 6 bulan, takkan nak bagi job yang besar tu, aku cuma jadi pemerhari sahaja, belajar camana process & flow kerja untuk event yang besar bagak, mana la tau, tahun-tahun akan datang aku kena pulak.
Disebabkan aku tak terlibat, tak dapat la tiket untuk ke anugerah tu, tapi sempat singgah dan tengok flow pada malam terakhir full-dress reheasal. Pengalaman kena kutip, nak guna untuk masa depan beb.
Berbalik kepada misteri kehilangan aku selama 2 tahun ni kat persada web dunia. 2007, aku dah bersemangat untuk keluarkan satu lagi versi (ke-14), dah keluar teaser dah pun pada index website ni, tapi ape yang melengah-lengahkan kerja itu adalah masa untuk aku fikir fresh design, fresh look dan fresh system. Semua tu tak datang, bak kata korang SANGAP.
Nak create suatu yang baru, kenalah berfungsi dengan sempurna. Selalunya sesuatu yang baru ni, ada banyak cacat celanya. Sebab itu kena patch, kena update bugs itu ini. So, website ni hanya tinggal teaser untuk versi ke-14.
Mungkin disebabkan masa untuk aku berulang-alik dari rumah ke tempat kerja yang begitu lama, itu yang buat aku rasa penat, kepala otak kosong, sekosong permandangan dari Bandar Baru Bangi ke Glenmarie, Shah Alam yang takde menarik perhatian aku langsung. 84km setiap hari, sakit woo!
June 2007, aku sewa apartment kat Court 10, Subang Perdana Goodyear Court, hanya 10km dari ofis ntv7 kat Glenmarie. Lebih dekat, lebih selamat, lebih banyak masa yang aku boleh luangkan untuk aku rehat, tenangkan fikiran dan seterusnya berkarya.. eceh!!
Aku sewa bersama-sama dengan Teleng & Irwan, budak-budak dari MMU lagi, masing-masing dah kenal perangai so takde masalah. Tiga-tiga orang pun kerja kat ntv7, lagi selambe. Bila dah dekat ni, jam 6:30pm pun dah sampai rumah. 8:00pm dah boleh berkarya untuk website, tapi semua tu tinggal harapan jer. Bukak photoshop, bukak dreamweaver pun dah menguap. Esok lusa sajelah.
Aku join ntv7 selepas beberapa bulan kompeni ni di-take-over oleh kumpulan media gergasi kat Malaysia ni, Media Prima Berhad. Pada penghujung tahun 2007, terdengar la khabar angin yang semua staff ntv7 akan berpindah ke Sri Pentas, semua warga Media Prima duduk under satu bumbung. Boleh jimat kos penyelenggaraan itu ini, sewa bangunan etc, itu katanya.
Bila dengar je berita pasal pindah, semua orang mengeluh. Pertama, Sri Pentas agak jauh, memandangkan ramai staff ntv7 duduk area Shah Alam. Keduanya, parking di Sri Pentas adalah macam neraka.
Setelah bising itu ini, setelah beberapa condition telah ditetapkan maka semua orang setuju untuk pindah. Ada yang kena tukar department, ada yang kena combine dengan TV3.
2 0 0 8
Januari 2008, aku start beroperasi di Sri Pentas, Bandar Utama. Bermula bulan tu jugak, aku bukan lagi under ntv7. Kini aku dibawah jagaan Media Prima Berhad. Actually, semuanya macam biasa je, salary, benefits semua sama, cuma tukar bapak saje.
Sejak duduk di Sri Pentas ni, belanja pun dah berlipat ganda. Maklum la, kat sebelah bangunan TV3 ni adalah One Utama (OU), bila tiba lunch hour semua pakat-pakat keluar makan kat OU, berpuluh-puluh kedai makan ada, pilih aje.
April 2008, rezeki aku bertambah sikit, so boleh la beli beberapa peralatan hidup zaman sekarang. Tanpa segan silu aku sambar iPod Touch yang ketika itu berharga RM17xx (untuk 16gb), tapi aku dapat RM16xx.
Tak lupa jugak dengan handphone, dah lama aku aim Nokia slide, dan kali ni baru aku dapat Nokia 6500 Slide (Black Edition). Handphone ni lain la sebab body dia stainless steal, tak macam Nokia lain, plastic. So, ape lagi, sambar la satu. Kopak RM1499.
Phone ni adalah siri phone pertama Nokia yang ada 3.2 megapixels kamera, dan menggunakan Carl Zeiss punya lense. Siap ada video output to TV pulak, Bukan setakat composite, Component pun boleh. Gerek seh.
Dengan rezeki yang ada ni, aku beli jugak sebuah laptop, berangan nak beli MacBook/MacBook Pro tapi tak mampu, 7-9 ribu beb, mana daya. So, aku pilih HP Pavilion Multimedia laptop computer untuk buat kerja-kerja ringan, dan mudah untuk dibawa kemana sahaja, termasuklah untuk balik kampung. Tidak lupa jugak dengan website Sief3r.com ni. Harapan yang tinggi, dengan adanya mobile pc ni, senang sikit nak berkarya, kire mobile la, boleh update dari mana sahaja.. tapi haram. Tak jalan jugak.
Actually ada satu masa tu, aku dah berkobar-kobar semula untuk menghidupkan balik Sief3r.com. Everything dari CMS, database, dan graphics.. semua sudah sedia, tiba-tiba domain & hosting pulak bermasalah. Domain macam biasa la expired, manakala hosting pulak terpaksa dipindahkan ke tempat baru, sebab previous server reported ada aktiviti yang illegal, terpaksa tutup.
So, berbulan-bulan jugaklah web ni boleh diupdate. Aku pun makin hari makin sibuk, kerja di office makin hari makin mencabar. Promo itu, promo ini, program itu, program ini.. semua dah Q nak masuk tempat aku.
Weekends, selalunya orang boleh lepak-lepak, mengadap blog, upload gambar aktiviti mingguan. Sama jugaklah dengan aku, sejak website takleh dibangunkan ni, terpaksa aku rehat dari memeningkan kepala memikir structure dan content web sendirian berhad, aku register Facebook. Seriously, aku baru kenal Facebook dalam bulan 6 atau 7. Agak menarik la, sebab Facebook ni lebih kepada mereka-mereka yang dah bekerja, ada company, kira untuk adult la, tak macam Myspace.. totally untuk budak-budak sekolah.
Kembali semula kepada website Sief3r.com, pertengahan tahun, sekitar June-July aku bertekad nak launch balik website ni. Banyak perlu di-catchup, banyak yang perlu di-update. Masalah hosting pun dah selesai, dah dapat tapak yang baik, walaupun server sekarang ni macam tak stabil. Tapi it’s better than nothing.
Alhamdulillah, Sief3r.com dah up untuk sekian kalinya. Ini adalah versi ke-15, versi 14 tak dapat dikeluarkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Kalau di-release-kan jugak, bergegarlah dunia web ni nanti, tak dapat nak terima kenyataan.. hahaha poyo!
Apepun, kekerapan aku untuk merapu kali ini adalah tak sama seperti dahulu. Kalo dahulunya aku kasi nama Daily Craps, maka aku boleh merapu meraban setiap hari. Tidak kali ni, komitmen dengan kerja lebih tinggi (eceh), mungkin weekly, takpun monthly.. tapi insya Allah, dalam seminggu bakal ada la 2-3 posts.
Nak merapu meraban tiap-tiap hari sebenarnya boleh. Memang banyak event, situasi yang boleh di-provok, di-kontroversi-kan, tetapi ape yang menjadi penghalang aku adalah Sief3r.com tak boleh di access dari office. Itu yang buat aku angin, sedangkan website macam Myspace, Facebook, Blogspot etc boleh je tru. Adeih, mungkin IP address termasuk dalam random blocked IP. Damn, dengki!
Nak update kat rumah, for sure la cerita-cerita hangat & hangit ketika kat office dah jadi lesu, tambahan badan pun dah letih, mata nak tidur jer. So itu adalah masalah bagi aku buat masa sekarang. Tapi aku akan tetap berusaha untuk merapu setiap hari, selagi nyawa dikandung badan.
Arigato!