Usha-Malacca-Usha
5:45AM, aku blah dari rumahm tunggu si Imran aka Cuq Ubi untuk datang pickup aku tepi jalan, seksyen 8 ni.
6:15AM, tunggu Teleng, Iwan dan Jetz aka Mawi kat Equine Park. Aku order roti kosong, 1/2 jam tak sampai-sampai lagi. Terus aku blah.
6:55AM, keluar dari tol UPM, meluncur laju dengan WAJA baru ke Malacca. Budak-budak seat blakang dan hanyut, tinggal aku dan Coq Ubi, menikmati panorama PLUS Highway.
8:05AM, sampai dan parking depan Dewan Seri Negeri (Malacca). Perut kosong, lapar macam setan, kena dengar briefing, kena tengok reheasal dan kena pergi MMU.
11:00AM, sampai kat MMU, beratur macam nak beli tiket bas balik kampung untuk settlekan robes dan verify smartcard.
01:30PM, settle semua perkara. Sekarang lepak dulu, tunggu habis solat Jumaat then pergi cari makan.
4:30PM, bertolak dari Tecso, meluncur laju pulang ke Selangor. Macam biasa, budak-budak seat blakang dah nyenyak, tinggal aku dan Coq Ubi menikmati panorama.
6:00PM, aku sampai rumah. Sekian terima kasih!