Di tembak kat DM Studio

Shooting video Vince semalam, habis dalam pukul 3:45am waktu tempatan. Talents & extras boleh la balik awal, aku + crews kena wrap semua barang, gulung wayar, bersihkan balik cafe tu dan susun balik apa yang diubah. Kesimpulannyer, kitorang sampai kat MMU jam 6:00am. Dah sampai, TIDOR la jawabnyer!!!

11:38am, aku dapat sms dari Bali. Dia suh aku bangkit dan pergi consult research & studies aku kat DM (Digital Media) Studio!! Aku nak angkat kepala pun tak larat, badan ni baru jer charge 5 jam.. mana nak cukup!! 😡 😡

Aku sedar consultation ni penting, so aku bangkit jugak, mandi dan minum serba sikit. Then pergi jumpa coordinator DM, dan mintak nak consult research aku kat everning session punyer kelas.

Petang tu, memang aku kena fire la dengan diorang. 1st, sebab tak attend kelas pagi tadi.. and 2nd sebab lack of research. Memang itu salah aku, so kena la terima.