Kedah + Penang

Aku lupa nak bagitau, lepas presentation Media Production semalam, malamnya tue, aku ke Kulim, Kedah dengan member – member aku, satu kereta. Kitorang bertolak jam 9:30 malam semalam dan sampai kat rumah Nasir kat Felda jam 03:00 pagi tadi. Fuh, letih dan mengantuk sungguh!!Aku ke Kedah dan Penang nie bukan nak bercuti tetapi nak buat kerja, assignment beb!! Nak pergi tangkap gambar lagi. Minggu lepas kat Melaka, hari nie kat Kedah plak.

Hari nie, kitorang pulun buat assignment, tangkap gambar dari pagi sampai ke malam kat Teluk Pauh, Pulau Sayak, Pantai Merdeka dan beberapa tempat lagi. Yang paling best sekali kitorang tunggu sunset kat kampung nelayan. Fuh, cukup dramatik dan lawa giler. Aku bermalam kat Penang, Bayan Lepas kat rumah member aku.