Belakang Kamera | Jom Kita Mengundi PRU13

Khabar angin meniup kencang yang PRU13 bakal diadakan pada tahun ni (*Update: PRU13 – 5 Mei 2013). Pihak News & Current Affairs Sri Pentas nak hasilkan satu music video (MV) menggesa agar orang ramai pakat-pakat keluar mengundi pada PRU13 nanti.

Lagu yang dicipta oleh Tomok, lirik oleh Dato’ Mohd Ashraf (orang news), dan dinyanyikan oleh Shiha, Tomok, Ayu & Black. Lagu Jom Mengundi ni memang sempoi, catchy dan senang orang follow.

CSD arahkan aku, Jinny & Fairul untuk keluar shoot MV ni. Nak dapatkan Malaysia, kitorang pusing satu Selangor & KL, dari pusat bandar sampai ke kuala sungai.

Shoot untuk MV kitorang main redah, guerrilla style orang kata.

Terima kasih pada Nadiah (trainee), Razy yang turut membantu.

Untuk video penuh, sila klik kat SINI.