Malam Raya yang Tragis

Seronok apabila tengok budak-budak main bunga api. Aku pun hampir lupa keseronakkan main bunga api masa kecik-kecik dulu. Aku tak ingat samada aku hanya pegang atau main sambil berlari macam budak-budak ni.

Namun, ketika budak-budak ni syok bermain bunga api, satu eksiden dah berlaku betul-betul depan rumah aku. Motor vs. Motor, 4 orang, 2 helmet, 2 budak sebelah kampung aku, 2 budak dok kampung jauh sikit yang on the way balik dari Kota Bharu.

Aku tak mau cerita lebih. Ada yang hidup, ada yang parah, ada yang patah teruk, dan juga ada yang meninggal dunia disebabkan kecuaian orang lain.
Sebak mak-bapak, anak terlantar di hospital pagi Raya, dan meninggal di kemudian hari..