Tawau : Part 1

Owh, cuti lagi! Hebat!

Jom ke TAWAU, Sabah! Ini adalah jemputan kakak + abang ipar aku yang mengajar kat sana. Oh ya, kakak aku ni baru dapat baby, Hamsyari namanya. So, parents aku pun ke TAWAU jugak untuk jaga anak sedara aku tu. Diorang stay dalam 2 minggu jugaklah. Tapi aku hanya sempat pergi 4 hari jer. Takleh nak cuti lama-lama, bulan lepas aku dah belasah cuti 1 minggu.. haa nanti ada orang jeles aku cuti lama-lama.

Apepun, di kesempatan aku ke TAWAU ni jugak, aku nak kena cari shot untuk short-movie aku tu. Shoot jelah ape-ape yang menarik, mana tau boleh di guna-pakai.