Selamat Hari Raya Idulfitri 2008
Yo!! Syukur alhamdulillah dapat bertemu Syawal untuk kali ke-26/27 dalam hidup aku. Alhamdulillah, aku masih lagi berkesempatan untuk balik ke kampung, walaupun lambat sikit (aku orang last sampai) berbanding dengan adik beradik yang lain.
Raya pertama tahun ni biasa aje, kitorang sambut sederhana sebab on the 4th day nanti, ada majlis besar-besaran. So, jangan membazir sekarang, kita tunggu raya ke-4. Sedikit pantun yang direka sambil bersahaja;
“Membeli Mercun di Rantau Panjang,
Berlalu Polis, terlepasnya Kastam,
Idulfitri ria dah kunjung datang,
Ampun dan Maaf kalo Hamba tersalah hentam!”
Selamat Hari Raya Idulfitri, Maaf Zahir & Batin.