PGL : Two Thumbs Up

Tolong la, tolong pergi tengok PGL ni kat pawagam!! – itu je bleh aku suggest kat korang.

Puteri Gunung Ledang, malay movie dengan budget melebihi RM15 juta memang sebuah movie yang wajib di tonton oleh semua umat Malaysia. Kalo anda tak faham apa yg diorang cakap, subtitle ada. Subtitle plak tu, bukannya subtitle bodoh yang orang cinema buat, tapi subtitle dari PGL tu sendiri. Tengok fontype pun dah tahu!!

Aku taknak expose lebih – lebih, sendiri pergi tengok dan sendiri nilai. Dan korang memang sampah masyarakat kalo beli dan tengok vcd cetak rompak (kalo ada).. 😡

98% PGL ni boleh dianggap perfect. Memandangkan durations movie ni lebih dari 2 jam, memang tak membosankan.. dan aku jamin, ada antara korang yang nak tengok untuk kali ke-2.. termasuk aku.. hehe!! 😉