Anugerah Juara Tulis Lagu

Memandangkan ini adalah event yang dikatakan berprestij, dan untuk menyokong industri seni suara tanah air (iyo iyo je), aku layan dari awal sampai akhir. Nak tengok juri2 pilih lagu sapa yang best.

Di samping tue gak nak tengok si penyanyi menyanyi secara live. Pengacara untuk tahun nie adalah Aznil dan Sarimah, diorang nie ok la, takde buat aku mengantuk cam tahun lepas. Apepun kesemua persembahan malam tadi semuanya best2.

So, ni adalah resultnya;

Juara Lagu 2003
Lagu: Bunga Bunga Cinta
Penyanyi: Misha Omar
Pencipta/Lirik: Adnan Abu Hassan

Juara Kategori Pop Rock
Lagu: Hi Hi Bye Bye
Penyanyi: Ezlyn
Pencipta/Lirik: KRU

Juara Kategori Balada
Lagu: Bunga Bunga Cinta
Penyanyi: Misha Omar
Pencipta/Lirik: Adnan Abu Hassan

Juara Kategori Irama Malaysia & Etnik Kreatif
Lagu: Wassini
Penyanyi: Waheeda
Pencipta/Lirik: Yasin

Vokal Terbaik
Penyanyi: Misha Omar
Lagu: Bunga Bunga Cinta

Persembahan Terbaik
Penyanyi: Siti Nurhaliza