Banjir : Sikit jer

Hujan seharian dari semalam sampai ke tengahari ni mengakibatkan air sungai bertambah, dan melimpah dari tebing.

Aku keluar ke bandar untuk cari tiket bas, nak pulang ke KL. On the way tue, aku tengok la bawah jambatan, pergh.. dah banyak dah rumah yang tenggelam.. ada la 1 meter dalamnya. Cuak gak di buatnya, al maklum la sebab dah lama tak banjir besar kat Kota Bharu nie, lagipun rumah aku hanya 500m dari sungai.

Nasib baik la air sungai start surut semula. Cepat plak dia surut, tambahan plak hujan dah stop dalam masa 12 jam nie. Syukur la, harap2 tahun nie takde la banjir besar sangat, nanti tenggelam kolam ikan aku.. sayang woo kang habis terlepas semua ikan Kap aku..