Jiwang plak dah!!
Aku tak tahu kenape, hari nie angin aku bertukar arah, bertiup ke arah bertentangan, membawa aku balik 4-8 tahun kebelakang. Ketika aku di form 1,2,3,4 dan 5.
Banyak kenangan yang buat aku hanyut hari nie. Semua nie bermula apabila tangan aku nie gatal membelek Majalah Sekolah. Tengok gambar, teringat. So, kat sini aku nak kongsi dengan korang. Heh!!
1995 (F1)
Aku pertama kali digossip dengan sorang dak pompuan yang baru bertukar sekolah. Dan pada tahun tue jugak aku kenal cinta, angau (sebab dia berpindah sekolah) dan dengar lagu2 jiwang.
1996 (F2)
Girl yang aku suka tue, makin hari makin berubah. Rupa dia yang original lawa pun dah jadi tak seberapa sebab dia dah pandai main mekap, pakai seksi. Aku yang masih kebudak – budakkan tue, amat kecewa. Dan dengan beeberapa sebab, aku terpaksa lupakan dia.
Aku ada adik laki, name dia Ilmie. Dia ketua kelas 2 Alpha. Aku selalu la datang ke kelas tue, lame kelamaan aku perasan, ade seraut wajah yang menyamai wajah girl yang pernah digossipkan dengan aku. Aku taknak cerita selanjutnya, penat menaip la :p
1997 (F3)
Tahun aku PMR. Aku dah jadi pengawas sekolah, dan AJK tertinggi. Kire aku orang penting la jugak. Aku dan dia makin best, selalu pergi rumah time raya. Aku pernah kena tengking oleh PKHEM sebab melakukan kesilapan paling bodoh semasa lagu Negaraku, dan aku tak mau cerita gak. Hahahaha.. serius, mmg salah aku.
1998 (F4)
Tahun nie aku dah ke MRSM Beseri. Aku banyak teringat 1st time aku berjauhan dengan family, bertapa sebaknya biler tengok kete abah aku meniggalkan aku kat negeri Perlis nie. Kemudian aku teringat peristiwa baik buruk di buli dan membuli. Hehe..
1999 (F5)
Sambil membelek photo, teringat jugak aku semasa ke MRSM Kuantan untuk bertanding Rekacipta Program Komputer. Ketika tue aku gune Macromedia Authorware untuk hasilkan program interactive.. dan aku berjaya menang tempat ke-3 peringkat kebangsaan tue. Tak sia sia ponteng preps heheh!!!
Erm itu jelah bleh aku kongsi, aku sengaja tak mau kasih detail, kang ade parut lame, kembali berdarah.. Hahaha!! Adios!!