Take down : iPhone 1st Gen
Oh yeh, hari ni aku berjaya meng-activate & jailbreak sebijik iPhone 1st Gen. Ini adalah cubaan pertama kali aku dengan iPhone. Yelah kan, aku mana ada iPhone, iPod Touch tu ada lah. Dah berapa kali dah aku jailbreak iPod Touch tu, dari 1.1.4 sampai sekarang 2.2
iPhone ni milik Boy (Rohisam, TV3), dia tersilap update kat iTunes, dia bajet update software iTunes, rupa-rupanya firmware iPhone. Gelabah takleh bukak iPhone dia, so aku la tempat dia mengadu.. haha. Actually dia tak mengadu pun, aku yang ternampak dia terkapai-kapai takleh bukak iPhone dia, so ini adalah peluang untuk aku godek iPhone pulak.
Godekkan pada iPhone berbeza sikit je dengan iPod Touch, ini kerana iPhone nak kena activate line celular dulu, then baru boleh nak jailbreak.
So, after everything dah recover, si Boy punya la happy giler. Tambahan pulak dapat firmware 2.2, so ape lagi.. blasah install free apps kat iTunes Store.. pakai account aku plak tu.
Orait, sekarang aku dah tau macamana nak godek iPhone.. boleh la aku beli satu, ganti iPod Touch neh!