Movie Review – HULK

The Hulk Perkasa – GSC One Utama.
Aku layan kat cinema 10 dengan Spring semalam. Tak dapat tiket free pun takpe, gua beli je walaupun tiket RM11. Half-hour pertama aku enjoy, awal-awal lagi dah kuar cameo Bill Bixby, mamat yang jadi Dr. David Bruce Banner kat tv series Hulk sekitar tahun 80an. Cameo dia dalam tv jer, sebab mamat tu dah mati sbb cancer. Cameo original Hulk pun ada.

Overall, not bad la. Walaupun ada kekurangan sikit dalam beberapa perkara. Aku suka time hulk mengamuk, menjahanamkan reta-benda. Tapi, feel aku merudum biler;
-CGI helicopter nampak murah, tak blend langsung dengan enviroment.
-Bajet military macam tak cukup je.
-Hulk, asyik nak meraung aje.

Namun, feel up balik bile battle kat city yang mana Hulk start jadi macam video game. Hulk menggunakan dua power dia, yang clapping tu dan HULK SMASH!! Rasa macam main game plak, not bad la. Mood aku terpotong balik biler ada scene helicopter. Diorang ni takde bajet nak buat hancurkan heli ke? Kartun siot. Kasi la terhempas macam Black Hawk Down.

Aku tak mau citer lebih-lebih, kang kata aku ni spoil la, etc. Tapi aku just nak bagitau, Mr. Blue yang cuba cure Bruce tu bakal jadi watak jahat akan datang. Kisah dia tak habis kat situ je, sbb at the end of story, Tony Stark (Iron Man) *opsss!!! ada kata dia tengah build a team (ape lagi, The Avengers laa).

Kira ini adalah setup pertama Marvel untuk buat crossover between superheroes diorang. Nice so, mari sama-sama tunggu Thor, Iron Man 2 dan First Avenger – Captain America. 2011, tunggu!