Out of Services

Hampeh!! Dah dua hari ATM kat Cyberjaya nie out of services. Mungkin sebab network ni, herm. Tapi adakah BCB guna line yang sama dengan Telekom? Tak pakai satelite ke? Tak paham, tak paham!!

Aku ada terima notice yang bagitau yang Cyberjaya akan ada gangguan network, di sebabkan router/hub/switch milik Telekom ada masalah sikit. Apa masalah tue kitorang tak diberitahu. Mungkin itulah kot BCB terpaksa close-kan connection buat sementara waktu.

Rasanya, ini 2nd time kot jadi macam nie. Tapi kali ini takde la parah sangat. Pernah satu waktu tue, whole Cyberjaya takde connection, termasukkan connection ATM, public phones. Memang sangap giler time tue, tambahan pulak kredit henpon aku dah habis!! Tapi takpe, itu semua pengalaman!