Mimpi itu Realiti??!!
Ada pendapat yang kata ketika kita tidur, roh kita keluar dari jasad kita, dan pergi merayau – rayau ke tempat tertentu dan akan kembali ke jasad kita biler kita sedar. Apa yang roh kita lawat tue akan menjadi mimpi kita. Ada yang menyokong dan juga ada yang menafikan.
Aku takleh nak setuju.. dan jugak aku tak membangkang, kira 50-50 la. Mungkin apa yang aku tulis nie ada yang tak tepat, harap korang bleh berkongsi pendapat.
50% Tak Setuju
Senang cerita biler aku mimpi yang mengarut-ngarut contohnya pergi ke Marikh dan jadi hero dalam movie.
50% Setuju
Aku juga percaya yang roh kita boleh travel ke masa depan dan lihat apa yang akan terjadi pada masa tue. Aku akui menda nie sebab banyak kali terjadi pada aku. Tapi semuanya perkara remeh seperti terketuk jari semasa memaku dinding. Dan perkara tue memang terjadi selepas tue.. biler dah kena tue, aku rasa macam mende nie pernah berlaku.. macam replay plak.
Apsal aku tulis semua nie?
Sebelum nie aku ada mimpi aku ditimpa kemalangan ringan. Dan ada orang datang bantu angkat aku. Dan tadi, perkara tue bebetul berlaku dan dua orang datang tolong angkat aku. Masya Allah.. aku akan ambik semua nie sebagai ikhtibar, supaya lebih berhati – hati dan cuba elak menda tue dari berlaku.. alhamdulillah, aku ok.