Kahwin : Ke Kuantan
Ke Kuantan, ke kenduri kahwin kakak aku yang kahwin pada Raya ke-4 tempoh hari. Ini adalah kenduri belah pengantin lelaki pulak.
Sekarang ni dah masuk musim tengkujuh. Negeri-negeri sebelah pantai timur semenanjung dah mula terima hujan yang mencurah-curah. Tak kurang jugak negeri-negeri pantai barat semenanjung. Malah ada negeri yang dah banjir; Kedah & Penang.
So, akhir tahun adalah bulan yang tak cun untuk kahwin, tapi ramai orang yang ambik keputusan nak di-ijab kabul pada akhir tahun. Iye la kan, musim cuti, bukan setakat sekolah je cuti, budak-budak Universiti pun turut cuti. Masa yang ideal la untuk buat kenduri besar.